Wednesday 18 May 2011

Pengetua SMKPH



Pn. Zaiton bt. Othman

Monday 15 September 2008

Latar Belakang SMKPH


Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Hulu terletak di sebuah kawasan perumahan Kampung Baru, Taman Aman, Taman Damai dan Taman Sentosa. Lokasi ini agak terpencil iaitu kira-kira 1/2 km dari jalan raya utama yang menghubungkan Pengkalan Hulu dan Gerik. Terletak di kawasan yang strategik, jauh dari kebisingan dan suasana persekitarannya yang aman, damai dan harmoni serta udara yang menyegarkan menjadikan sekolah ini mempunyai daya tarikan yang tersendiri untuk menunjang proses pengajaran dan pembelajaran yang sempurna.

Sekolah ini mula ditubuhkan pada tahun 1995. Pembinaan sekolah ini siap sepenuhnya pada 30 November 1996 dan memulakan sesi persekolah sulungnya pada 4 Disember 1996. Nama sekolah ini bersempena dengan nama pekan Pengkalan Hulu. Asas penubuhan sekolah bertujuan untuk menampung keperluan pendidikan anak-anak tempatan yang sebelum ini hanya terdapat sebuah sekolah menengah sahaja di daerah ini iaitu SMK Tun Saban. Pada awal penubuhannya sekolah ini beroperasi menggunakan tenaga 21 orang guru dan 4 orang kakitangan sokongan.


Barisan guru perintis terawal yang menyemaikan baktinya di sekolah ini terdiri daripada 14 orang guru perempuan dan 7 orang guru lelaki. Pengetua pertama yang menerajui sekolah ini pula ialah Tuan Haji Amin bin Tolan(1996-2004), Pengetua kedua ialah Tuan Haji Nordin b. Mehat(2004-2006), seterusnya pengetua ketiga Puan Jamaliah bt. Abdul Rahman(2006-Februari 2008) dan kini SMKPH dipimpin oleh pengetua keempat Tuan Haji Abdull Khalim b. Ishak(Ogos 2008-sekarang).

Antara barisan guru perintis yang masih berkhidmat di sekolah ini ialah:
  • En. Noor Azmi b. Awang (Penolong Kanan Pentadbiran)

  • Puan Norizan bt. Md Ali (Pen. Kanan HEM)

  • Puan Ummadevi a/p Poothathamby

  • Puan Rosiah bt. Saad

  • En. Roslan b. Che Man


Thursday 11 September 2008

Selamat Mengunjungi Nadi Ilmu SMKPH



PSS SMK Pengkalan Hulu merupakan nadi penggerak membekalkan bahan dan sumber rujukan untuk seluruh warga sekolah, baik pelajar, guru mahupun seluruh staf bukan guru. Sebagai memenuhi matlamat sebagai pusat penyalur maklumat dan pengetahuan untuk seluruh warga sekolah, PSS dipertunjangkan dengan pelbagai kemudahan dan prasarana bagi mengefisienkan penggunaan. Adalah menjadi harapan agar segala kemudahan dan bahan yang disediakan di PSS ini dapat menunjang proses P&P bagi guru-guru dan para pelajar sebagai memenuhi impian untuk menjadi sekolah yang terbaik dalam semua bidang, baik akademik maupun ko-kurikulum.